Lotus Cars Malaysia lancarkan kereta elektrik Hyper GT Emeya | DagangNews Skip to main content

Lotus Cars Malaysia lancarkan kereta elektrik Hyper GT Emeya

Kereta elektrik Hyper GT Emeya
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Lotus Cars Malaysia lancarkan kereta elektrik Hyper GT Emeya di Kuala Lumpur.

 

Langkah ini selaras dengan matlamat untuk memperluaskan rangkaian jualan Lotus di Malaysia dan merupakan ruang pameran kedua selepas Pavilion Damansara Heights yang dibuka pada Februari 2024.

 

Menurut kenyataan media hari ini, Lotus berkata, kenderaan elektrik (EV) Hyper-GT empat pintu pertama, Lotus Emeya, direka untuk memenuhi keperluan pemandu, menggabungkan inovasi dengan prestasi pemanduan yang tinggi. 

 

Terdapat tiga varian EV itu iaitu, Emeya (RM555,000), Emeya S (RM643,000) dan Emeya R (RM777,000), menurut Lotus, harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai jalan dan insurans, dan hanya sah untuk Semenanjung Malaysia. 

 

Setiap varian Emeya disertakan dengan jaminan pembuat selama lima tahun meliputi sebanyak 150,000km dan jaminan bateri selama lapan tahun bagi perjalanan 200,000km.

 

Selain itu, Lotus Cars berkata, Emeya mempunyai sistem pacuan empat roda dan pengagihan tork pintar Lotus ICC yang memberikan pengendalian dan pemanduan yang hebat untuk kenderaan GT. Suspensi udara elektroniknya membolehkan kereta ini mengesan dan menyesuaikan diri dengan keadaan jalan sehingga 1,000 kali sesaat, memastikan pemanduan yang yakin, terkawaldan selesa.

 

"Reka bentuk aerodinamik aktif Emeya, termasuk gril depan dan diffuser belakang yang seiras dengan reka bentuk perlumbaan, membantu mengurangkan rintangan angin, meningkatkan kecekapan, dan menambah kestabilan pada kelajuan tinggi. 

 

"Emeya juga mempunyai jarak pemanduan maksimum WLTP sehingga 610km, bergantung kepada varian. Ia boleh menambah jarak sejauh 150km dengan pengecasan pantas selama lima minit menggunakan pengecas 350kW. Pengecasan dari 10% hingga 80% boleh dicapai dalam masa 18 minit," ujarnya.

 

nnn
Lotus Emira

 

Turut dipamerkan ialah model terbaharu kereta sports Emira Turbo yang dibangunkan menggunakan casis aluminium ringan, iaitu teknologi terkemuka yang dipelopori Lotus dan terus menjadi sebahagian dari DNA lotus sehingga hari ini. 

 

Lotus Cars juga mempamerkan model Eletre yang mengiringi varian Eletre S dan Eletre R yang terdahulu dilancarkan bermula dengan harga RM598,800. 

 

nnn
Lotus Eletre

 

Katanya, pelancaran model Eletre ini juga meluaskan prospek pemilikan kepada pembeli-pembeli yang berhasrat beralih kepada kenderaan Hyper-SUV ini.- DagangNews.com