Luxchem catat untung bersih RM9.22 juta bagi 1QFY23, penyusutan 51% berbanding tahun lalu | DagangNews Skip to main content

Luxchem catat untung bersih RM9.22 juta bagi 1QFY23, penyusutan 51% berbanding tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 April - Untung bersih Luxchem Corporation Berhad menyusut 51% kepada RM9.22 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23) berbanding RM18.93 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya. 

 

Kumpulan itu mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM152.8 juta pada suku semasa berbanding RM239.5 juta bagi suku sama pada tahun lalu.

 

"Hasil kumpulan juga menyusut sebanyak 36% atau sebanyak RM86.7 juta.

 

"Penyusutan hasil itu adalah disebabkan sumbangan yang rendah daripada segmen perdagangan dan pembuatan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Mengulas mengenai prospek perniagaan, kumpulan itu berkata, prestasi mereka mungkin terjejas akibat beberapa cabaran utama seperti kadar tuakaran mata awang asing dalam persekitaran faedah yang semakin meningkat.

 

Selain itu kata, ketidakstabilan harga bahan mentah juga memberi kesan kepada perniagaan kumpulan selain persaingan sengit dan juga konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine.

 

"Kumpulan akan terus meningkatkan produktiviti dan kecekapannya sendiri untuk menghadapi cabaran luaran yang tidak dapat dikawal," katanya. - DagangNews.com