KUALA LUMPUR 21 Mac - Malaysia Aviation Group (MAG) telah mencatatkan keuntungan bersih, bagi kali pertama sejak 2010, melaporkan RM766 juta keuntungan bersih dan faedah (NIAT) berbanding kerugian bersih RM344 juta pada tahun sebelumnya.
MAG, induk kepada Malaysia Airlines, ditubuhkan pada 2015 selepas pelan pemulihan kelima Malaysia Airlines.
Keuntungan bersih kumpulan itu mewakili perubahan hampir RM1.1 bilion, daripada NIAT negatif RM344 juta pada 2022.
Prestasinya adalah pada pertumbuhan 31% dalam jumlah hasil sebanyak RM13.85 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Pada tahun kewangan sebelumnya, ia mencatatkan pendapatan RM10.61 bilion, didorong trafik penumpang yang teguh.
MAG berkata, trafik dan kapasiti penumpang kumpulan itu masing-masing meningkat sebanyak 47% dan 61%.
Kumpulan itu mencatatkan keuntungan operasi bersih RM889 juta, peningkatan 64% daripada RM540 juta tahun sebelumnya.
Ia merupakan tahun kedua berturut-turut di mana MAG telah mencatatkan keuntungan operasi yang positif.
MAG turut mempunyai simpanan tunai kukuh berjumlah RM4.3 bilion setakat 31 Disember 2023 tanpa menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd sejak Oktober 2021.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Izham Ismail berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan oleh jumlah trafik penumpang daripada segmen premium, aliran rangkaian antarabangsa yang dipergiat, pengurusan aktif kapasiti, kerjasama perkongsian mendalam dan hasil lebih kukuh dalam segmen penumpang.
"Ini telah dicapai meskipun kos operasi dan buruh lebih tinggi, ringgit lebih lemah, cabaran dalam penawaran rantaian disebabkan peningkatan kos dan komitmen penghantaran yang tidak menentu, serta harga bahan api dan kenaikan kadar faedah," katanya dalam sidang media hari ini. - DagangNews.com








