Malaysian Genomic dianugerahkan kontrak pemantauan COVID-19 daripada IMR | DagangNews Skip to main content

Malaysian Genomic dianugerahkan kontrak pemantauan COVID-19 daripada IMR

KUALA LUMPUR 4 April - Malaysian Genomics Resource Centre Berhad dianugerahkan kontrak pemantauan COVID-19 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), bahagian penyelidikan bioperubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, baru-baru ini.


 
Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, Datuk Alvin Nesakumar berkata, pihaknya berbangga dapat menyokong IMR dan KKM dalam usaha penting bagi memantau evolusi virus COVID-19, varian dan sub variannya. 

 

"Dengan kepakaran dan pengetahuan kami dalam bidang genom dan bioinformatik, kami akan dapat membantu IMR menjejak dan mengesan virus dan apa-apa varian yang dibimbangi yang perlu kerajaan sebagai persediaan awal.

 

Pakar genom dan biofarmaseutikal merupakan satu daripada makmal swasta yang digunakan IMR sebagai penyumberan luar bagi pemantauan genom SARS-CoV2.

 

Makmal persendirian Malaysian Genomics yang dilengkapi kemudahan BioSafety Level 2 (BSL-2) di Malaysia dengan pensijilan Current Good Manufacturing Practice (cGMP), sedang bersedia menjadi penyedia penjagaan kesihatan utama melalui pengeluaran sel CAR T bagi imunoterapi kanser pepejal, serta perkhidmatan kejuruteraan sel lain. 

 

Pensijilan BSL-2 dan cGMP menunjukkan bahawa kemudahan makmal berkenaan menggunakan kaedah ketat bagi standard pengurungan bio dan persekitaran makmal ultra tulen bagi melakukan kerja-kerja ke atas sel manusia dengan selamat.

 

gnime
Datuk Alvin Nesakumar

 

Kumpulan itu juga menerima pensijilan ISO 9001:2015, ISO 15189:2014 dan ISO 17025:2017 di bawah Sistem Pengurusan Bersepadu. - DagangNews.com