Mandar Shrikrishna Namjoshi dari Singapura dilantik sebagai CFO Cahya Mata Sarawak baharu | DagangNews Skip to main content

Mandar Shrikrishna Namjoshi dari Singapura dilantik sebagai CFO Cahya Mata Sarawak baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Dis - Cahya Mata Sarawak Berhad melantik Mandar Shrikrishna Namjoshi sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya berkuat kuasa 19 Disember 2023.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, Namjoshi, 47, yang berasal dari Singapura mempunyai lebih 28 tahun pengalaman pengurusan dan kewangan dalam syarikat/industri antarabangsa.

 

Katanya, peranan terakhir beliau ialah CFO untuk segmen kulinari, minyak dan lemak serta kecantikan untuk IFFCO yang berpangkalan di Dubai.

 

Beliau berkhidmat dengan pelbagai syarikat dalam jawatan kepimpinan kanan iaitu CFO JDE Peets - Asia Pasifik (Ogos 2020 hingga Oktober 2022), CFO O&M Halyard Singapore (April 2019 hingga Julai 2020), CFO PT Fonterra Brand Indonesia (Oktober 2013 hingga Februari 2017) dan Pengarah Kewangan Serantau Fonterra Brands Singapura (Januari 2009 hingga September 2013). 

 

Beliau juga memegang jawatan presiden dan pengarah urusan untuk PT Fonterra Brands Indonesia sebelum dilantik sebagai pengurus besar kumpulan untuk Fonterra Co-op Group (New Zealand) antara Mac 2017 dan Mac 2019. 

 

Satu lagi pengalaman penting beliau adalah bersama Johnson & Johnson (India dan Singapura) dari September 1998 hingga Jun 2006 dalam peranan pengurusan. - DagangNews.com