Maxim Malaysia buka peluang orang ramai jana pendapatan jadi rakan pemandu  | DagangNews Skip to main content

Maxim Malaysia buka peluang orang ramai jana pendapatan jadi rakan pemandu 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Mac - Maxim Malaysia membuka peluang kepada semua yang berminat untuk menjadi pemandu e-hailing untuk menjana lebihan pendapatan atau sampingan.

 

Syarikat e-hailing itu dalam satu kenyataan berkata, peluang ini dapat membantu rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan, pelajar lepasan universiti dan pencari kerja separuh masa. 

 

Katanya, masa bekerja adalah fleksibel yang mana rakan-pemandu dapat memilih waktu kerja yang diingini, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. 

 

"Sebagai tambahan, Maxim Malaysia mencadangkan rakan pemandu untuk aktifkan aplikasi sebelum pergi ke kerja dan mencari penumpang yang ingin ke destinasi yang sama, ini dapat menjimatkan kos perjalanan rakan pemandu tersebut.

 

"Dengan era ekonomi yang berkembang pesat, duit sampingan atau lebihan amatlah penting terutama selepas ramalan inflamasi ekonomi pada tahun-tahun akan datang," katanya.

 

Maxim Malaysia merupakan salah satu platform untuk menjana pendapatan yang mana sesiapa yang mempunyai pengangkutan boleh terus menyertainya. 

 

Rakan pemandu boleh menikmati pendapatan pada setiap perjalanan, dengan kesempatan ini rakan pemandu separuh masa dapat modal pusingan minyak kereta setiap bulan dan masih mempunyai pendapatan lebih untuk perbelanjaan.

 

 

maxim

 

 

Tambahan pula, rakan pemandu diberi kelebihan untuk memilih perjalanan di aplikasi, ini dapat memudahkan mereka memilih perjalanan yang berdekatan dengan lokasi dan menyusun jadual perjalanan. 

 

"Harga tempahan diketahui lebih awal, oleh sebab itu rakan pemandu boleh menyasarkan pendapatan yang ingin dicapai," katanya.

 

Dengan 60 bandar yang kini beroperasi di Malaysia, Maxim Malaysia berkembang kukuh, dan tersedia di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tempahan semakin meningkat setiap hari.

 

Rakan pemandu boleh memuat turun aplikasi taxsee di Google Play Store dan Apple App Store.

 

Pasukan Maxim akan menghubungi rakan pemandu untuk maklumat lanjut selepas pendaftaran dalam talian. - DagangNews.com