Maybank IB positif perkembangan kapasiti Aurelius Technologies akan tarik lebih ramai pelanggan baharu | DagangNews Skip to main content

Maybank IB positif perkembangan kapasiti Aurelius Technologies akan tarik lebih ramai pelanggan baharu

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jan - Maybank Investment Bank (Maybank IB) positif terhadap sebarang cadangan perkembangan kapasiti oleh Aurelius Technologies Berhad pada masa hadapan kerana ia akan menarik lebih ramai pelanggan baharu pada masa akan datang.

 

Firma itu berkata,  perkembangan itu juga akan meningkatkan kadar tempahan baharu selain memberi pandangan yang lebih jelas terhadap pulangan pelaburan dan mengurangkan risiko tidak terjual. 

 

Firma itu juga berkata, kumpulan itu berjaya mendapatkan empat pelanggan baharu daripada industri berimpak tinggi iaitu automotif, pengkomputeran data dan industri komunikasi internet kebendaan (IoT).

 

Katanya, perkembangan itu juga menandakan kejayaan kumpulan dalam pesanan pembuatan campuran dengan jumlah tinggi melibatkan model yang lebih menarik kepada pengeluar kontrak kerana syarikat boleh memaksimumkan keuntungannya apabila ia mencapai skala ekonomi.

 

"Bagaimanapun kapasiti sedia ada kumpulan telah digunakan sepenuhnya dan ia sekali gus menunjukkan potensi perkembangan kapasiti dalam perancangan.

 

"Sementara kami menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai potensi pengembangan, kami positif dengan perkembangan itu kerana kumpulan itu terus membuktikan keupayaannya untuk mengikuti trend kepelbagaian rantaian bekalan untuk mendapatkan pelanggan baharu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mempelbagaikan asas pelanggan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap kumpulan itu dengan harga sasaran (TP) RM2.40.  

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana memiliki prospek perkembangan yang positi disokong oleh perekembang kapasiti untuk Pelanggan F dan kehadiran pelanggan baharu.

 

Selain itu katanya, kumpulan itu mendapat pendedahan yang semakin baik kepada litar bersepadu berbilang komponen (MCIC) dengan nilai tambah yang lebih tinggi.

 

"Daya tahan perniagaannya daripada kemelesetan, mempunyai pendedahan dalam industri yang berkembang pesat seperti produk berkaitan IoT dan industri automotif," katanya. - DagangNews.com