Mosca sasar tingkatkan tenaga kerja, perkukuh operasi kilang baharu di Johor | DagangNews Skip to main content

Mosca sasar tingkatkan tenaga kerja, perkukuh operasi kilang baharu di Johor

Kevin Woon (dua dari kiri) dan Timo Mosca (tiga dari kanan) telah memeterai perjanjian secara rasmi pada 6 Februari 2024. [Foto FB WB Land]
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 7 Feb - Mosca GmbH, peneraju rumusan pengikat barangan peringkat akhir untuk transit, mengukuhkan operasinya di Malaysia dengan meningkatkan tenaga kerja dan berpindah ke kemudahan yang lebih besar di Frontier Park, Johor.

 

“Kemudahan pemasangan mesin pengikat automatik berkeluasan 40,000 kaki persegi akan berpindah ke kilang baharu seluas 103,458 kaki persegi.

 

“Lokasi itu dipilih keranan persekitarannya terurus dengan baik, selamat dan hijau, sepadan dengan amalan pembuatan mampan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Timo Mosca dalam satu kenyataan media.

 

Syarikat yang telah beroperasi lebih 20 tahun di negeri ini memeterai perjanjian secara rasmi dengan pemaju hartanah tempatan WB Land Sdn Bhd di Johor Bahru semalam.

 

 

wb land

 

 

Pengarah Urusan Kumpulan WB Land, Kevin Woon berkata kemudahan baharu yang dibina di atas tanah seluas 0.91 hektar itu direka bentuk dengan menekankan amalan mesra alam, termasuk ketersediaan untuk tenaga solar, sejajar dengan piawaian global bagi pengilangan hijau.

 

"Kami gembira dapat memainkan peranan untuk menarik peneraju global dalam pembuatan dan teknologi serta menyumbang kepada reputasi Malaysia yang semakin berkembang sebagai destinasi berdaya saing dan mesra perniagaan," tambahnya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman berkata pelaburan Mosca di Malaysia membuktikan keyakinan pelabur terhadap persekitaran perniagaan negara, infrastruktur yang kukuh dan kesalinghubungan global.

 

“MIDA kekal teguh dalam misinya untuk menarik lebih banyak syarikat, seperti Mosca, memangkin peningkatan Malaysia sebagai hab pembuatan transformatif Asia Tenggara,” katanya.  - DagangNews.com