MTCE 2023 promosi ekosistem ‘deep tech’, teroka pelaburan teknologi di Malaysia | DagangNews Skip to main content

MTCE 2023 promosi ekosistem ‘deep tech’, teroka pelaburan teknologi di Malaysia

Mohammad Hazani Hassan (kanan) menyampaikan salinan buku meja kopi ‘30 Techno Dreams’ kepada Chang Lih Kang selepas majlis perasmian MTCE 2023.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 26 September - Lebih 400 peserta telah menghadiri Persidangan & Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023) bagi membincangkan ekosistem ‘deep tech’ di Malaysia dan meneroka pelaburan teknologi baharu yang dapat memberi impak kepada negara.

 

Dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC), MTCE 2023 telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, yang menekankan kepentingan peranan teknologi dalam memacu kemampanan dan pelaburan bermanfaat di Malaysia.

 

“Saya percaya MTDC juga memperjuangkan rangka kerja PRECISION dalam usahanya untuk memacu pembangunan teknologi di Malaysia bagi menyokong dan membantu semua tahap masyarakat tanpa mengira saiz perniagaan, termasuk PKS, untuk membantu mereka dalam penggunaan teknologi dan pengamalan proses baharu,” ujar beliau.

 

 

Chang Lih Kang (tengah) merasmikan MTCE 2023, diiringi (dari kiri) Pengarah MTDC, Mariamah Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei; Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan; Pengerusi MTDC, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan
Chang Lih Kang (tengah) merasmikan MTCE 2023, diiringi (dari kiri) Pengarah MTDC, Mariamah Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei; Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan; Pengerusi MTDC, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Datuk Dr Mohd Nor Azman Hassan

 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata kadar kemajuan teknologi global dan pelaburan ‘deep tech’ yang makin bertambah turut dapat dilihat di Malaysia dengan peningkatan pelaburan ‘deep tech’ yang ketara.

 

“Sebahagian daripada tumpuan kami di MTDC adalah untuk membantu sektor ‘deep tech’ dan modal teroka bagi mendapatkan manfaat penuh, selaras dengan perkembangan teknologi Malaysia. Dalam masa yang sama, ia dapat meneroka potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia,” kata Mohammad Hazi di majlis pelancaran MTCE 2023.

 

Bertemakan ‘Pelaburan Impak: Teknologi Memacu Kemampanan’ (Investment for Impact: Technology Driving Sustainability), persidangan itu menampilkan sesi keynote dan forum yang bertujuan untuk meneroka ‘Deep Technology’, istilah yang merangkumi pelbagai jenis teknologi baru seperti robotik, pencetakan 3D, kecerdasan buatan, teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan, aeroangkasa dan teknologi automasi.

 

Penceramah seperti Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Datuk Mohd Nor Azman Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sivasuriyamoorthy Sundara Raja turut menawarkan perspektif mereka atas kejayaan pelaburan ‘deep tech’ dan faktor-faktor di sebalik kejayaan tersebut.

 

Sepanjang persidangan ini, peserta berpeluang untuk meneroka pelbagai rumusan I4.0, teknologi canggih dan perkhidmatan syarikat dalam ekosistem MTDC. Pameran itu memudahkan interaksi dan memupuk kerjasama dan peluang perniagaan masa depan dengan pemimpin-pemimpin industri, profesional dan bakal pelabur.

 

 

sss

 

 

MTCE 2023 juga menyasarkan untuk berkongsi maklumat dan memupuk kesedaran dalam kalangan peserta mengenai produk dan perkhidmatan MTDC, di mana peserta boleh membina hubungan baik dengan bakal rakan kongsi, agensi kerajaan dan pemimpin industri.

 

Persidangan ini turut menyaksikan pelancaran Coffee Table Book MTDC yang bertajuk ‘30 Techno Dreams’, yang menampilkan kisah kejayaan dan kelebihan syarikat dalam ekosistem MTDC serta usahawan teknologinya.

 

Hazani berkata MTCE 2023 bukan sekadar satu persidangan teknologi, tetapi juga akan bertindak untuk memacu perubahan.

 

“Kami mengalu-alukan pemimpin industri untuk meneroka bidang ‘deep tech’ dari segi kecerdasan buatan (AI) ke bioteknologi, dan melibatkan diri dalam perbincangan yang akan membentuk masa depan pelaburan secara berterusan di Malaysia,” katanya.  - DagangNews.com