Ni Hsin, Vmoto meterai MoU pemasangan dan pengedaran motosikal elektrik di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Ni Hsin, Vmoto meterai MoU pemasangan dan pengedaran motosikal elektrik di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Anak syarikat Ni Hsin Group Bhd, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Vmoto Ltd yang disenaraikan di Bursa Australia untuk memasang dan mengedarkan kenderaan elektrik (EV) berjenama Vmoto di Malaysia.

 

Ni Hsin berkata, kedua-dua pihak membentuk kerjasama strategik bagi pelaksanaan perjanjian pengedaran dan memeterai struktur usaha sama untuk memasang motosikal F01, CPX Pro dan TC Max EV Vmoto.

 

Kerjasama itu juga bertujuan untuk memenangi bahagian pasaran melalui saluran pemasaran perniagaan ke pengguna (B2C), perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke kerajaan (B2G) di Malaysia.

 

Pengarah Urusan Ni Hsin EV, Tech Khoo Chee Kong berkata, kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak mengembangkan bahagian mereka dalam pasaran EV dua roda.

 

Beliau berkata, produk itu adalah apa yang diperlukan oleh pasaran terutamanya dalam segmen B2B dan B2G.

 

"Motosikal elektrik berprestasi tinggi yang dikeluarkan oleh Vmoto sangat sesuai untuk fungsi penguatkuasaan keselamatan organisasi sama ada perniagaan atau kerajaan.

 

 

NIHSIN

 

 

NIHSIN

 

 

"Model perniagaan kami meliputi segmen B2B dan B2G dan pelanggan sasaran kami termasuk anggota polis, tentera, jabatan pengangkutan jalan, Jabatan Kastam, pelabuhan, syarikat keselamatan dan seumpamanya," katanya dalam kenyataan media di sini. - DagangNews.com