Niro Ceramic perkenal penambahan terkini rangkaian Nino Granite dan Slip-Stop | DagangNews Skip to main content

Niro Ceramic perkenal penambahan terkini rangkaian Nino Granite dan Slip-Stop

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Julai - Salah satu pengilang jubin terkemuka di Malaysia, Niro Ceramic Group menawarkan rangkaian yang lebih luas untuk jubin di bawah jenama utamanya, Niro Granite. 

 

Pelancaran jubin-jubin baharu pelbagai gunaan ini telah dilancarkan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor yang telah dihadiri lebih 200 tetamu.

 

Bertemakan Biophilic Urbanity, majlis pelancaran yang berlangsung selama 2 hari diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan serta pemegang anugerah pereka dalaman, (IDr.) Lai Siew Hong dan (IDr.) Wong Pei San yang mana kedua-duanya berkongsi kepakaran serta hasil kerja diinspirasikan alam semula jadi. 

 

Tetamu yang hadir juga dibawa ke zon pengalaman yang membolehkan mereka menguji teknologi Slip-Stop (anti-gelincir) yang canggih dari Niro Ceramic Group dan menyaksikan pelbagai rekaan menarik dalam siri Slip-Stop.

 

Pengarah Urusan Niro Ceramic Group, Ian Kok berkata, pelancaran jubin-jubin baharu itu membuktikan dedikasi Niro Granite dalam menghasilkan pelbagai jenis jubin lantai yang inovatif dalam industri ini. 

 

“Kami amat menghargai sokongan padu dari para pereka dalaman, arkitek, pemaju hartanah, pembekal dan rakan kongsi perniagaan kami. 

 

"Ini merupakan daya penggerak untuk kami memperkenalkan lebih banyak inovasi pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

niro
Ian Kok berucap ketika majlis pelancaran jubin-jubin baharu pelbagai gunaan di Shah Alam.

 

 

Niro Granite hanya boleh didapati secara eksklusif di Creative Lab, cabang peruncitan Niro Ceramic Group yang mengkhususkan kepada khidmat pemasangan jubin dan rekaan dalaman 3D. 

 

Orang ramai boleh mengunjungi salah satu daripada 41 cawangan Creative Lab di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian luas jubin-jubin yang ditawarkan bagi pelbagai penggunaan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai penambahan terkini kepada rangkaian Niro Granite, layari nirogranite.com. - DagangNews.com