MEMULAKAN sebuah perniagaan yang baharu bukanlah satu perkara yang mudah.
Saya mendapat ilham bagi jenama fesyen dalam talian saya, Mimpikita, semasa saya belajar di Australia pada tahun 2006.
Walaupun saya mengambil kursus kejuruteraan, saya amat meminati bidang fesyen.
Selepas membandingkan industri fesyen di Australia dengan Malaysia, saya menyedari bahawa pada ketika itu tidak banyak rangkaian pakaian sedia dipakai atau gaun pengantin ditempah khas yang terdapat di Malaysia.
Ini mencetuskan minat saya untuk memulakan jenama pakaian Malaysia bagi segmen pasaran ini.
Mimpikita – daripada mimpi menjadi realiti
Apabila pulang ke Malaysia, adik-adik saya, Amirah dan Syahira turut berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan sejak dari itu, kami bersama-sama mengejar matlamat yang sama.
Pada mulanya, kami memulakan kedai blog secara dalam talian dengan pelaburan sejumlah RM3,000 dan menamakannya ‘Mimpikita’.
Bertitik tolak daripada itu, perniagaan kami berkembang dengan pesat dan kami membuka butik pertama kami pada tahun 2009 di Sunway Damansara.
Dua tahun kemudian, Mimpikita mengasaskan kedai utama kami di Bangsar, menawarkan fesyen pakaian pengantin dan pakaian rasmi.
Kami terus mengembangkan rangkaian pakaian kami dan menumpukan kepada rekaan fesyen pakaian kami yang tersendiri.
Tahun 2014 merupakan tahun kejayaan untuk kami. Kami memperoleh penampilan di acara tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week) dan Minggu Fesyen Sopan London (London Modest Fashion Week), serta kerjasama yang signifikan dengan beberapa jenama terkenal.
Kami berasa teruja kerana sebuah kedai di United Kingdom menjual label pakaian kami. Ini menjadi pencetus kepada matlamat jangka panjang kami untuk menjual Mimpikita kepada pelanggan di UK!
Pengiktirafan terhadap jenama kami meningkat dengan ketara, di mana Mimpikita memperoleh beberapa anugerah terkenal daripada saluran media seperti Tatler, Mingguan Wanita (Women’s Weekly) dan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Awards).
Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, tetapi semangat dan ketabahan yang saya dan adik-adik saya kongsikan bersama mendorong kami supaya keluar dari zon selesa kami untuk meningkatkan jenama ke tahap hari ini.
Yang paling penting, kami telah mengenal pasti segmen pasaran yang sebahagian besarnya belum diterokai di Malaysia. Daripada mereka bentuk pakaian pengantin, kini kami telah berkembang kepada menyediakan koleksi Sedia Dipakai serta Perkhidmatan Jahitan Pakaian Pengantin + Tempahan.
Kolaborasi yang tepat pada masa yang tepat
Seperti semua perniagaan, kami pernah mengalami kemerosotan. Pada tahun 2018 dan 2019, kami berhadapan dengan isu pengeluaran berlebihan.
Setahun kemudian, perniagaan kami semakin terjejas dengan sekatan pergerakan dan perintah kawalan pergerakan susulan daripada pandemik COVID-19.
Pada ketika itu, kami berada di persimpangan jalan dan terpaksa membuat salah satu keputusan yang paling sukar untuk kami iaitu menutup kedai utama kami di Bangsar buat sementara waktu serta menutup kedai di KLCC secara tetap.
Setiap kesusahan yang dialami, pasti ada kebaikan di sebaliknya. Pengalaman tersebut mengajar kami untuk menyelaras, memfokus dan menyusun semula pendekatan perniagaan kami.
Kami telah mengalihkan semula tumpuan kami kepada platform dalam talian dan meningkatkan strategi pemasaran digital kami dengan menyasarkan rantau Asia Tenggara.
Kini, sebagai peruncit dalam talian terutamanya, logistik merupakan faktor utama untuk Mimpikita iaitu memastikan produk sampai ke pelanggan akhir tepat pada masanya dan secara efisyen.
Beralih ke dalam talian bermaksud mempunyai kebolehcapaian di seluruh dunia. Pesanan mula masuk dari pelbagai negara.
Kami berdepan dengan cabaran baharu untuk memenuhi semua pesanan ini, di mana masing-masing mempunyai keperluan penghantaran yang berbeza, di samping menyediakan penghantaran yang tepat pada masanya, mempunyai keupayaan penjejakan dan kebolehpercayaan kepada pelanggan.
Semasa pandemik COVID-19, kebanyakan penerbangan sama ada dihentikan atau dikurangkan di seluruh dunia. Dari perspektif operasi, kami menghadapi kesukaran untuk memenuhi garis masa penghantaran dan berhadapan dengan kelewatan penghantaran.
Cabaran kami adalah memilih penyedia logistik yang cekap untuk perniagaan dalam talian kami.
Syukurlah, penyedia logistik FedEx telah memudahkan urusan kami. Dengan memanfaatkan infrastruktur logistik yang kukuh dan rangkaian global yang luas, Mimpikita kini boleh menawarkan pengalaman membeli belah yang lancar dan menyediakan penghantaran yang boleh dipercayai serta tepat pada masanya kepada pelanggan antarabangsa kami, sama ada di negara-negara berhampiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan juga yang jauh seperti U.K., UAE dan A.S.
Dengan FedEx sebagai pengendali logistik kami, kini kami dapat menumpukan kepada operasi runcit dalam talian dan terus menambah baik rangkaian produk kami. Memandangkan FedEx menyenggarakan armada pengangkutannya sendiri, kelewatan jarang berlaku, jadi kami boleh mengembangkan perniagaan kami dengan sewajarnya. Ini telah membantu Mimpikita sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengharungi landskap logistik yang mencabar semasa pandemik ini.
Nasihat untuk para usahawan
Mimpikita terdiri daripada sekumpulan individu yang penuh semangat, serta bersatu untuk menjadikan impian mereka satu realiti.
Pada peringkat awal, kami bernasib baik kerana kami mempunyai satu sama lain dan sokongan daripada keluarga. Adik-adik saya adalah sistem sokongan saya.
Mereka sentiasa berada di sisi saya untuk menaikkan semangat saya, terutamanya apabila saya memerlukan dorongan.
Para usahawan perlu mengenal pasti sistem sokongan mereka, sama ada dari segi seorang mentor, seorang usahawan berpengalaman, pembimbing atau ahli keluarga yang penting.
Kedua, kenal pasti masalah yang perlu diselesaikan. Perusahaan baharu yang terbaik boleh berjaya kerana keupayaan mereka untuk menyediakan penyelesaian dalam memenuhi keperluan mereka.
Tidak mempunyai jenis fesyen tertentu mungkin bukannya suatu penghalang, tetapi seperti yang diteliti oleh perkembangan kami, terdapat permintaan untuk fesyen pakaian sedia dipakai dan pengantin yang sopan, terutamanya di negara-negara yang lebih konservatif.
Penjenamaan, penjenamaan, penjenamaan. Ini melangkaui logo dan warna sahaja – kerana ia memberi jiwa kepada sesebuah perusahaan.
Bagi kami, perniagaan kami sejajar dengan pemerkasaan wanita seperti menerusi inisiatif #TheKitaGirls kami, yang menonjolkan wanita Malaysia yang menjiwai semangat "wanita berdikari atau seorang yang memegang pelbagai peranan tetapi tidak melupakan penjagaan diri".
Akhir sekali, jangan takut kepada kegagalan. Kami belajar dan berkembang daripada kesilapan kami, dan ini menjadikan kami lebih kukuh dalam dunia perniagaan.
Walaupun pada mulanya kami mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang minimum dalam dunia fesyen, akan tetapi Mimpikita berada di tahap ini sekarang melalui kesungguhan dan keazaman yang tinggi.
Lagipun, ketika kami mula menceburi bidang perniagaan, kami hanyalah tiga wanita muda yang mempunyai impian besar.
Kami berkeputusan untuk menyahut cabaran dalam mewujudkan rangkaian pakaian sopan yang dapat memenuhi keperluan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga pasaran global. Impian sememangnya boleh menjadi kenyataan.
Hari ini, kami terus mengejar impian kami untuk menjadikan Mimpikita sebagai jenama yang tidak lapuk dek zaman dan berkembang bersama pelanggan #TheKitaGirls kami - dan hadir bersama mereka dalam detik istimewa dalam hidup mereka.
Apabila anda melakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan jiwa, segala impian boleh menjadi kenyataan. Apabila sesuatu yang anda lakukan tidak berjaya, teruskan usaha dengan lebih gigih sehingga anda mencapai matlamat anda. – DagangNews.com