PA Resources raih lanjutan kontrak bernilai RM1.08 bilion daripada First Solar | DagangNews Skip to main content

PA Resources raih lanjutan kontrak bernilai RM1.08 bilion daripada First Solar

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Jan - PA Resources Bhd memperoleh lanjutan perjanjian bekalan daripada First Solar, Inc, First Solar Malaysia Sdn Bhd dan First Solar Vietnam Manufacturing Co Ltd untuk membekalkan barangan bagi pengeluaran modul fotovoltaik.

 

Ia meliputi jumlah kontrak bernilai sehingga RM1.08 bilion (AS$231.9 juta) untuk tempoh kontrak 2 Januari 2024 hingga 1 Julai 2025.

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan PA Resources, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, pihaknya berbesar hati mengumumkan lanjutan keempat daripada First Solar, dengan nilai kontrak melebihi RM1 bilion yang juga merupakan kontrak terbesar dari segi nilai yang diberikan setakat ini. 

 

"Ini menekankan kepercayaan yang dimiliki oleh First Solar terhadap kami, diasaskan pada keupayaan kami untuk mengeluarkan produk yang mematuhi piawaian ketat mereka.

 

"Memandangkan permintaan tenaga suria semakin meningkat di peringkat global, kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada peralihan ke arah tenaga hijau melalui First Solar. 

 

 

PA Resources
Tan Sri Chan Kong Choy

 

 

"Kontrak ini akan memberikan kami pertumbuhan kewangan yang stabil pada masa hadapan dan terus mengembangkan perniagaan kami," katanya. - DagangNews.com