PADU dibangunkan sepenuhnya penjawat awam, tidak libatkan pihak ketiga - Rafizi | DagangNews Skip to main content

PADU dibangunkan sepenuhnya penjawat awam, tidak libatkan pihak ketiga - Rafizi

Rafizi Ramli menafikan dakwaan Dr Cher Han Lau berhubung syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan PADU. - Gambar Bernama
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jan - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Accio Technologies, Dr Cher Han Lau berhubung syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) menerusi siaran media sosial stesen radio BFM89.9, baru-baru ini.

 

Rafuzu berkata, setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), beliau mengesahkan dakwaan Cher adalah tidak benar.

 

Beliau berkata, Pasukan Analitik PADU menjemput Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan 'machine learning'.

 

Katanya, proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau.

 

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. - DagangNews.com