Kenapakah fi pengeluaran bank RM1 tidak berperikemanusiaan, menindas pekerja? | DagangNews Skip to main content

Kenapakah fi pengeluaran bank RM1 tidak berperikemanusiaan, menindas pekerja?

Oleh DR. ZOUHAIR ROSLI, PENGARAH UNIT SOSIOEKONOMI SPCAAM

PADA 2023, terdapat kira-kira 12 juta pekerja di Malaysia, seperti dinyatakan dalam Laporan Survei Tenaga Buruh DOSM 2023.

 

Majoriti daripadanya bekerja dengan gaji yang rendah. Enam daripada 10 orang bekerja dengan gaji kurang RM4,000 sebulan, manakala tiga dalam 10 mendapat gaji kurang RM2,000 sebulan menurut Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Keempat 2023.

 

Akibatnya, ramai tidak mampu menjalani kehidupan yang memuaskan. Separuh daripada pekerja mendapat kurang RM3,000 sebulan.

 

 

Bagi isi rumah dengan empat orang, isi rumah ini memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan, berdasarkan Belanjawanku KWSP 2023.

 

Jika dianggarkan satu isi rumah mempunyai dua individu bekerja, mereka masing-masing perlu mendapat gaji kira-kira RM3,000 sebulan.

 

Namun bank tetap menindas mereka dengan fi yang tidak perlu dan tidak berhati perut ini. Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan ATM dua kali sebulan.

 

(BNM. 2024 – Statistik Pembayaran: Rangkaian Pembayaran. Boleh dilihat di sini: https://www.bnm.gov.my/payment-statistics).

 

Jika kita andaikan semua transaksi melibatkan pengeluaran tunai antara bank, seseorang akan dikenakan caj RM24 setahun hanya kerana ATM bank beliau tiada berhampiran rumahnya.

 

Jumlah ini bukannya kecil, RM24 bersamaan dengan:

1) Bajet makan seorang yang miskin untuk dua hari; atau

2) Harga satu hidangan untuk pelajar miskin di sekolah di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) selama 7 hari; atau

3) Nasi lemak selama 7 hari; atau

4) Nasi ayam untuk 3 hari, seperti didedahkan Analisis Indeks Harga Pengguna (CPI) the DOSM 2023.

 

Rakyat Malaysia di negeri yang lebih miskin juga terhukum secara tidak adil. Berapa ramai yang menggunakan perbankan internet?

 

Di peringkat kebangsaan, 75%. Bagaimanapun, di negeri miskin, peratusan itu jauh lebih rendah. Di Kelantan hanya 67%, Perlis 54%, dan Sabah cuma 53%. [DOSM. 2024. Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2023.]

 

Wujud kesan tidak seimbang terhadap Pekerja Berpendapatan Rendah kerana mereka perlu banyak bergantung kepada pengeluaran menggunakan ATM.

 

Ketika pandemik COVID-19, fi RM1 ATM diketepikan. Tetapi kini caj itu dikenakan semula, walaupun ia membebankan pekerja berpendapatan rendah. 

 

Adakah kita tidak belajar apa-apa sejak pandemik?

 

Caj ini sudah sememangnya tidak perlu dan tiada justifikasi langsung dari segi perikemanusiaan untuk mengenakannya semula kini. Kita tahu bank tidak berperikemanusiaan.

 

Tetapi bagaimana dengan pengawal selia yang menjadi sebahagian daripada kerajaan MADANI ini?

 

Di manakah prinsip MADANI mengenai keadilan sosial yang menyasarkan untuk memberi perlindungan kepada kumpulan yang lemah? Adakah mereka kini telah dilupakan? - DagangNews.com

 

 

 

DISCLAIMER: ARTIKEL DI ATAS ADALAH PENDAPAT PENULIS DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN EDITORIAL DAGANGNEWS.COM