Pasaran tempatan ditutup lemah, turun di bawah paras 1,600 mata | DagangNews Skip to main content

Pasaran tempatan ditutup lemah, turun di bawah paras 1,600 mata

Pasaran saham

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Mac. - Pasaran tempatan yang ditutup petang ini terus 'lesu' di bawah paras 1,600 mata.

 

Indeks utama FBM KLCI menyaksikan penyusutan 21.44 mata berbanding paras pembukaan pagi tadi, 1,616,78 kepada 1,596.29.

 

Jumlah dagangan ketika ditutup adalah sebanyak 7.05 bilion saham yang diniagakan dengan nilai RM4.04 bilion.

 

Prestasi keseluruhan pasaran juga berada pada tahap negatif apabila jumlah kaunter rugi mengatasi kaunter untung.

 

Keseluruhan kaunter rugi adalah sebanyak 860 mengatasi kaunter untung sebanyak 315, manakala 420 kaunter tidak berubah.

 

Menurut Blooberg, pasaran Eropah hari ini menyaksikan kemerosotan susulan lanjutan perintah berkurung di Jerman akibat peningkatan jumlah jangkitan wabak.

 

Perkara tersebut menimbulkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi di wilayah berkenaan.

 

Susulan itu, indeks Stoxx 600 turun 0.5% diheret turun oleh saham dan kitaran penerbangan setelah Angela Merkel mengumumkan bahawa negara berkenaan sedang berada dalam situasi sukar.

 

Dalam pada itu, kemelut dalam aset Turki turut berlanjutan susulan penggantian mengejut ketua bank pusat negara berkenaan.

 

Kesan daripada isu itu, niaga hadapan ekuiti AS hari ini turut menyusut seiring kebanyakan saham Asia lain. - DagangNews.com