PDRM tawar diskaun 50% saman trafik sempena pelancaran Bulan Kebangsaan pada 16 Julai 2023 | DagangNews Skip to main content

PDRM tawar diskaun 50% saman trafik sempena pelancaran Bulan Kebangsaan pada 16 Julai 2023

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik terpilih sempena pelancaran kempen Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023, di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru Raya, Ipoh, Perak pada 16 Julai 2023.

 

Menurut laman Facebook Merdeka360, orang ramai boleh berkunjung ke reruai PDRM bermula pukul 8.30 pagi hingga 3 petang dan ia hanya boleh dibuat melalui pembayaran secara tunai sahaja 

 

"Semua saman layak mendapat diskaun kecuali untuk kemalangan, saman tidak boleh kompaun, saman status Op Selamat, untuk perbicaraan mahkamah, atau berkaitan dengan kenderaan berat.

 

"Ia termasuk kesalahan memotong secara bahaya atau memotong Q, menggunakan lorong kecemasan, saman kesalahan memotong garisan berkembar dan saman pengubahsuaian ekzos kenderaan," katanya.

 

Sementara itu, orang ramai dijemput hadir pada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023 di lokasi berkenaan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

pdrm

 

 

Pelbagai program akan diadakan di venue bermula Sabtu hingga Ahad ini antaranya 6,600 Langkah Perpaduan, majlis pelancaran kempen Bulan Kebangsaan 2023 dan Kibar Jalur Gemilang serta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang. - DagangNews.com