Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengubah waktu operasi cawangan dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
LHDNM dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu melibatkan cawangannya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Operasi di cawangan yang terlibat akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Berikut merupakan perubahan waktu operasi cawangan dan PKH LHDNM di kawasan terlibat;
Dalam kenyataan yang sama, LHDNM turut menyarankan orang ramai agar melakukan urusan percukaian secara dalam talian.
"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dirujuk kepada LHNDM melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/ 603-89111100 (luar negara).
"Orang ramai juga boleh merujuk HASil Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - DagangNews.com