Pelabuhan Sandakan mengalu-alukan perkhidmatan kontena baharu Maersk  | DagangNews Skip to main content

Pelabuhan Sandakan mengalu-alukan perkhidmatan kontena baharu Maersk 

Pengurusan Pelabuhan Sandakan meraikan ketibaan sulung syarikat perkapalan global, Maersk.

KUALA LUMPUR 1 Sept - Pelabuhan Sandakan meraikan ketibaan sulung 'Maersk Valencia', menandakan pelancaran Perkhidmatan Maersk yang diperluas ke pantai timur Sabah di bawah penghalaan Intra Asia 5 (IA5).

 

Perkhidmatan IA5 meliputi 20 pelabuhan panggilan yang berlepas dari Shanghai, China dan bersambung ke beberapa pelabuhan lain di China, Myanmar, Malaysia (Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, Pelabuhan Tawau dan Pelabuhan Sandakan), Brunei, Filipina, Jepun dan Korea.

 

Di bawah penggiliran itu, Maersk akan melakukan datang secara dwi-mingguan ke Pelabuhan Sandakan dengan jangkaan daya pengeluaran 200 hingga 300 kotak kontena setiap penghantaran.

 

Dengan perkhidmatan tambahan, Pelabuhan Sandakan mampu menyediakan pemilik kargo dengan pilihan alternatif untuk penyelesaian perkapalan serta rangkaian yang selamat dan boleh dipercayai untuk kargo pemindahan.

 

Pengarah Urusan Sabah Ports Sdn. Bhd., Datuk Ng Kiat Min berkata, pihaknya amat berbangga kerana mempunyai Pelabuhan Sandakan di bawah rangkaian global besar Maersk.


 

sandakan
sandakan
Pengurusan Sandakan Port menyampaikan cenderahati kepada Kapten Maersk Valencia (Gambar 1) dan wakil Harrisons Shipping.

 


"Pelabuhan Pantai Timur seperti Sandakan dan Pelabuhan Tawau mempunyai potensi yang sangat besar bukan sahaja menurusi hubungan wilayah BIMP- EAGA, tetapi juga memandangkan kedudukan strategiknya di laluan perdagangan maritim antarabangsa antara Australia dan Asia Timur.

 

“Kami akan memberikan sokongan penuh kepada Maersk dan ejen tempatannya Harrison untuk memastikan kejayaan perkongsian IA5,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

A.P. Moller-Maersk merupakan syarikat pengangkutan dan logistik bersepadu dengan pelbagai jenama serta merupakan peneraju global dalam perkapalan kontena dan pelabuhan. Rangkaian perkapalan dan logistik mereka
menyediakan sambungan ke lebih 90 negara dan 343 pelabuhan di seluruh dunia. - DagangNews.com