Pelikuidasi iklankan pencarian penyelamat kewangan untuk ambil alih Serba Dinamik secara terbalik | DagangNews Skip to main content

Pelikuidasi iklankan pencarian penyelamat kewangan untuk ambil alih Serba Dinamik secara terbalik

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Jan - Untuk keluar dari masalah kewangan yang rumit, PricewaterhouseCoopers (PWC) pelikuidasi bagi syarikat PN17 Serba Dinamik menerbitkan iklan di dalam akhbar hari ini mencari penyelamat kewangan atau white knight.

 

Menurut akhbar Cina Sin Chew Daily, PWC menerbitkan iklan bagi menjemput pihak yang berminat untuk menyerahkan surat niat untuk mengambil bahagian dalam penstrukturan semula Serba Dinamik (yang kini dalam pembubaran) dengan teratur untuk menggantikan status penyenaraiannya.

 

Menurut akhbar Cina itu lagi, iklan tersebut mungkin menyarankan pemerolehan syarikat secara terbalik.

 

Mengikut kandungan iklan tersebut, tarikh akhir penyerahan surat hasrat adalah pada jam 4 petang pada 29 Mac ini.

 

Saham Serba Dinamik telah digantung sejak menerima perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi awal tahun lalu.

 

Namun, syarikat itu masih mempunyai status penyenaraian di Papan Utama Bursa Malaysia.


 

serba dinamik
Bangunan ibu pejabat Serba Dinamik di Shah Alam, Selangor sudah dijual.

 


Dikatakan jumlah hutang Serba Dinamik dan tiga anak syarikatnya hampir mencecah RM5 bilion, menjadikannya kes muflis terbesar yang dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi.

 

Pada Oktober 2023, pelikuidasi menjual bangunan ibu pejabat Serba Dinamik di Shah Alam, Selangor, kepada APB Resources Berhad pada harga RM38 juta, tertakluk kepada kelulusan Mahkamah Tinggi.- DagangNews.com