KUALA LUMPUR 31 Julai - Pembelian oleh pelabur asing di Bursa Malaysia yang berlaku secara konsisiten setiap hari dalam tempoh tiga minggu pertama Julai 2024 adalah kali pertama berlaku dalam tempoh agak lama.
Public Investment Bank Research (PublicInvest) berkata, bagaimapun ini boleh dijangkakan berikutan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang akhirnya akan menyaksikan modal kembali ke pasaran yang sedang berkembang walaupun ia berlaku lebih awal daripada jangkaan.
"Walaupun kami melihat beberapa tarikan yang semakin meningkat akibat penilaian relatif Ringgit yang rendah, senario penuh belum lagi berlaku. Kami menjangkakan melihat keuntungan lebih lanjut di pasaran dari sudut ini," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Menurut PublicInvest, tinjauan pasaran separuh kedua 2024 (2H 2024) telah mengemukakan pertimbangan bahawa FBM KLCI agak dinilai rendah dari perspektif nisbah harga-ke-untung masa depan, berbanding dengan purata sejarahnya.
"Kebetulan, bursa tempatan juga kini dinilai rendah dari segi permodalan pasaran berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), menunjukkan bahawa pelabur belum memberi nilai sepenuhnya (lagi) kepada ekonomi Malaysia yang agak sihat," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelabur asing kembali jual RM423.5 juta ekuiti tempatan, tamatkan belian bersih selama tiga minggu - MIDF Research
Dalam pada itu, PublicInvest mengekalkan ramalan FBM KLCI akan berada pada 1,680 mata pada akhir 2024.
Kami menyukai syarikat dengan cerita pertumbuhan jangka panjang untuk menangkap keuntungan daripada keadaan ekonomi global dan domestik yang agak stabil – Kawan Food, QES Group, CIMB Group, Dayang Enterprise, Inari Amertron, Uzma, D&O Green Technologies, dan Mega First Corporation. Secara berasingan, kami melihat Gamuda, IJM Corporation, Telekom Malaysia, dan Tenaga Nasional sebagai pemain utama dalam ruang pusat data dalam beberapa tahun akan datang (sila rujuk kepada artikel tematik kami bertarikh 19 Julai 2024).
"Kami memilih syarikat yang mempunyai rekod pertumbuhan untuk beberapa tahun bagi meraih peningkatan daripada keadaan ekonomi global dan domestik yang agak stabil.
"Kawan Food, Kumpulan QES, Kumpulan CIMB, Dayang Enterprise, Inari Amertron, Uzma, D&O Green Technologies dan Mega First Corporation menjadi pilihan.
"Secara berasingan, kami melihat Gamuda, IJM Corporation, Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemain utama dalam ruang pusat data pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.- DagangNews.com