Pendapatan Sentral REIT kekal berdaya tahan - HLIB Research | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Sentral REIT kekal berdaya tahan - HLIB Research

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Nov - Sentral REIT dijangka mencatatkan pendapatan berdaya tahan bagi suku keempatnya disokong oleh penghunian yang stabil merentas aset. 

 

HLIB Research berkata, secara relatif, Sentral REIT terlindung daripada kesan COVID-19 kerana 88% daripada portfolionya merupakan pejabat dan selebihnya merupakan runcit,  tidak seperti REIT berasaskan pusat beli-belah yang lain.

 

"Untuk itu kami mengekalkan saranan 'Beli' ke atas saham Sentral REIT dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM0.98.

 

"Kami menyukai Sentral REIT kerana hasil dividennya yang menarik sebanyak 8.5% yang tertinggi antara REIT  dan pendapatannya yang lebih berdaya tahan di tengah-tengah COVID-19 memandangkan pendedahan runcit yang minimum tidak seperti REIT pusat membeli-belah," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Sentral REIT merekodkan keuntungan bersih teras suku ketiga tahun kewangan sebanyak RM22.1 juta, meningkat 17.1% suku ke suku dan 3.0% tahun ke tahun membawa keuntungan bersih teras untuk 9 bulan pertama tahun ini kepada RM61.7 juta.

 

Hasil meningkat sebanyak 6.8% terutamanya disebabkan oleh rebat sewa yang lebih kecil yang diberikan pada suku tersebut. 

 

Perbelanjaan operasi hartanah yang lebih rendah sebanyak 6.3% yang ditanggung untuk beberapa hartanah dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah membawa kepada peningkatan dalam keuntungan bersih terasnya. 

 

Bagaimanapun hasil sehingga hari ini turun 3.1% terutamanya disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah yang diterima daripada 3 hartanah di Lembah Klang dan 1 di Cyberjaya .

 

Jumlah perbelanjaan yang lebih rendah (-9.9%) membantu peningkatan dalam keuntungan bersih teras (+2.2%) manakala kadar penghunian kekal kukuh pada 91%.

 

"Sentral REIT akan terus memberi tumpuan kepada pengoptimuman kos dan pengekalan penyewanya. Kami menjangkakan ia akan mencatatkan pendapatan berdaya tahan yang disokong oleh penghunian yang stabil merentas aset. pada suku terakhir 2021," kata HLIB Research. -DagangNews.Com