Peningkatan jualan motosikal lonjak untung bersih FY24 Hong Leong Industries kepada RM387.9 juta | DagangNews Skip to main content

Peningkatan jualan motosikal lonjak untung bersih FY24 Hong Leong Industries kepada RM387.9 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Untung bersih Hong Leong Industries Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) meningkat kepada RM387.9 juta berbanding RM290.6 juta pada tahun sebelumnya didorong  peningkatan jualan motosikal serta sumbangan daripada syarikat bersekutu.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil FY24 bagimanapun menyusut kepada RM3.11 bilion berbanding RM3.41 bilion pada FY23.

 

Katanya, hasil yang lebih rendah untuk FY24 berbanding FY23 adalah disebabkan oleh jualan yang lebih rendah bagi perniagaan motosikal dalam tiga suku pertama tahun kewangan semasa.

 

"Walaupun hasil yang lebih rendah, keuntungan yang lebih tinggi yang dicatatkan terutamanya disebabkan campuran jualan yang menggalakkan bagi model motosikal margin dengan margin lebih baik.

 

"Penerimaan pampasan insurans berjumlah RM25 juta bagi gangguan yang disebabkan oleh banjir untuk perniagaan motosikal pada suku ketiga FY22 dan keuntungan RM18.7 juta daripada pelupusan keseluruhan ekuiti dalam HCB," katanya.

 

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2024 (4QFY24), untung bersih kumpulan meningkat kepada RM98.3 juta berbanding RM69.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu disokong peningkatan hasil sebanyak RM773.7 juta berbanding RM767 juta pada FY23.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, permintaan motosikal telah menunjukkan tanda-tanda peningkatan menjelang akhir FY24 dan ia memberi petanda positif kepada FY25 kumpulan.

 

Katanya, kumpulan itu akan meneruskan tumpuannya kepada produk, kedudukan pasaran dan kos untuk meningkatkan lagi prestasi.

 

"Bagi sektor jubin, kumpulan komited untuk membina kilang baharu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

 

"Kami menjangkakan kumpulan ini akan menghasilkan keputusan lebih baik pada FY25," katanya.- DagangNews.com