Perbelanjaan pengguna dijangka lembap untuk produk bukan makanan akibat pengenalan pelbagai cukai oleh kerajaan pada 2024 - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Perbelanjaan pengguna dijangka lembap untuk produk bukan makanan akibat pengenalan pelbagai cukai oleh kerajaan pada 2024 - MIDF Research

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 21 Feb - MIDF Research berhati-hati terhadap Aeon Co (M) Bhd bagi tahun kewangan 2024 (FY24) susulan perbelanjaan pengguna dijangka lembap akibat jangkaan tekanan inflasi susulan pelbagai dasar fiskal yang diperkenalkan kerajaan pada tahun ini.

 

Menurut firma penyelidikan itu, ini melibatkan pengenalan cukai barangan bernilai rendah (LVG), cukai barangan bernilai tinggi (HVG) serta cukai perkhidmatan yang lebih tinggi (8%).

 

Tidak terkecuali kata MIDF Research yang bakal meningkatkan jangkaan tekanan inflasi di Malaysia ialah rasionalisasi subsidi bahan api pengguna.

 

Katanya, jangkaan perbelanjaan pengguna yang perlahan ini melibatkan pembelian barangan yang boleh dipertimbangkan pembeliannya melibatkan kategori sotline, hardline dan produk kesejahteraan.

 

Softline dalam peruncitan merujuk barangan seperti pakaian dan kelengkapan bilik tidur manakala hardline adalah barangan elektronik, perabot, barangan kemas, peralatan dapur, pertukangan dan sukan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'Neutral' dan harga sasaran (TP) kekal RM1.14 dengan kami berhati-hati dalam tinjauan FY24 Aeon," katanya dalam nota kajian hari ini.

 

Kata MIDF Research, terdapat sudut positif kepada Aeon antaranya perbelanjaan penggunauntuk produk makanan dalam segmen runcit akan kekal teguh yang didorong oleh permintaan yang berdaya tahan.

 

"Selain itu, pendapatan sewa lebih tinggi dijangka memberikan sebahagian sokongan, berlatar belakangkan sentimen pengguna yang lebih lemah untuk produk mengikut budi bicara," jelasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Aeon lantik Naoya Okada sebagai MD baharu berkuat kuasa 1 Mac 2024

 

 

Menegani pelantikan Pengarah Urusan Aeon Malaysia yang baharu semalam, firma penyelidikan itu berkata, perkara tersebut tidak mengubah jangkaan pendapatan yang dibuat.

 

"Melihat kepada keputusan 4QFY23 yang akan datang, kami menjangkakan hasil sebanyak RM1.02 bilion untuk 4QFY23, lebih baik daripada 3QFY23 sebanyak RM955.9 juta," ujarnya. - DagangNews.com