Perkhidmatan Maybank sekali lagi tergendala, kali ini penggunaan kad kredit dan debit terjejas | DagangNews Skip to main content

Perkhidmatan Maybank sekali lagi tergendala, kali ini penggunaan kad kredit dan debit terjejas

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Semua perkhidmatan Maybank meliputi platform web dan aplikasi Maybank2U dan MAE sekali lagi tergendala buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.

 

Kali ini, ia turut menjejaskan penggunaan kad kredit dan debit.

 

Maybank menerusi ciapan di Twitter (kini dikenali sebagai X) hari ini memaklumkan, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan kepada pengguna.

 

"Kami meminta maaf atas segala kesulitan dan sedang berusaha memulihkannya dengan kadar segera.

 

"Untuk bantuan, sila ajukan kepada kami melalui Private Message (PM) atau boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (luar negara)," katanya.

 

Sementara itu, Maybank berkata, semua perkhidmatan web Maybank2u, aplikasi MAE, kad kredit dan debit kembali pulih seperti biasa.

 

 

maybank

 

 

maybank

 

 

maybank

 

 

BACA JUGA: Aplikasi MAE dan platform web alami gangguan, Maybank mohon maaf kepada pelanggan

 

"Pelanggan yang dihormati, sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan aplikasi M2U kami kini pulih. Anda boleh melakukan transaksi perbankan seperti biasa," katanya. - DagangNews.com