Perodua bawa senyuman kepada HWKKS | DagangNews Skip to main content

Perodua bawa senyuman kepada HWKKS

Perodua bawa senyuman kepada HWKKS

KUALA LUMPUR 14 Julai - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) 
tampil membawa senyuman kepada warga Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) menerusi sumbangan penghargaan kepada kakitangan hospital berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu sebagai penghargaan kepada warga hospital yang memberi khidmat bakti dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat lelah.

"Malaysia kini menunjukkan tanda-tanda positif dalam memerangai COVID-19. Oleh itu, kami sedang mengkaji keutamaan lain dalam memastikan kualiti hidup bertambah baik di negara ini.

Perodua

"Berdasarkan maklum balas daripada pihak hospital, kami telah memutuskan untuk terus membantu institusi kesihatan ini bagi meningkatkan kemampuan serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan Perodua berbentuk satu set videoskop mudah alih serta peralatan sekolah kepada 200 pesakit Padiatrik berusia di bawah 12 tahun yang kurang berkemampuan.

Manakala 50 pesakit Padiatrik lain turut menerima sumbangan cermin mata preskripsi.

Pada 2018 lalu, Perodua turut memberi sumbangan dua set Laryngoscope Blades dan 40 biji bantal berserta barangan mainan kepada 250 pesakit kanak-kanak di hospital sama.

HWKKS diwujudkan melalui pembelian Hospital Swasta Sabah Medical Center (SMC) sekitar 2003.

Perodua

Perkhidmatan berkualiti dan komprehensif dikendalikan anggota profesional yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan maruah manusia.

Mengulas lanjut, Zainal memberitahu, penting bagi pihaknya untuk meneruskan peranan sebagai organisasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat Malaysia yang telah memberi sokongan padu kepada Perodua selama ini. - DagangNews.com