PKP 2.0 undang 3 risiko kepada Sentral REIT | DagangNews Skip to main content

PKP 2.0 undang 3 risiko kepada Sentral REIT

REIT

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan sejak 13 Januari baru-baru ini mengundang 3 risiko buat Sentral REIT yang dahulunya dikenali sebagai MRCB-Quill REIT.

 

CGS-CIMB Research berkata, risiko pertama ialah potensi penyusunan semula sewa oleh penyewa pejabat.

 

"Kedua, pendapatan tempat letak kereta yang lebih lemah.

 

"Dan lanjutan bantuan sewa iaitu 4% daripada keseluruhan Net Lettable Area (NLA) Sentral REIT," jelas CGS-CIMB Research.

 

CGS-CIMB Research berkata, pihaknya turut mengurangkan jangkaan pendapatan FY21-22F sebanyak 6%.

 

Dalam pada itu, jangkaan kadar penghuni orang ramai ke pusat beli-belah Sentral REIT juga diturunkan lebih rendah iaitu kepada 90% berbanding 93% pada sebelumnya.

 

Dalam nota kajian sama, jangkaan dividen sesaham (DPS) bagi tahun kewangan 2021,2022 dan 2023 ditingkatkan kepada 6.5,6.5 dan 6.6 sen disandarkan kepada nisbah pembayaran dividen sebanyak 93% berbanding 90% pada sebelumnya.

 

CGS-CIMB Research juga meningkatkan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM0.99.

 

"Kami mengekalkan saranan 'tambah' saham Sentral REIT disokong oleh hasil dividen yang lebih menarik sebanyak 7% hingga 7.2%.

 

Bagaimanapun, Sentral REIT turut berdepan risiko dan kesan yang lebih teruk sekiranya PKP 2.0 akan dilanjutkan. - DagangNews.com