PM Anwar jamin peralihan kepada dwi rangkaian 5G kurangkan implikasi kewangan kerajaan | DagangNews Skip to main content

PM Anwar jamin peralihan kepada dwi rangkaian 5G kurangkan implikasi kewangan kerajaan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 23 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan peralihan model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal kepada dwi rangkaian akan mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan dalam skala besar.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, implikasi kewangan dapat dikurangkan melalui peralihan dasar 5G itu kerana ia membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi iaitu antara syarat yang ditetapkan kerajaan.

 

"Menetapkan syarat semua telco menggunakan rangkaian DNB, struktur yang ada sehingga siap 80% daripada rangkaian kemudian memastikan ketersambungan itu dijalankan termasuk di desa dan pedalaman.

 

"Sekiranya ini dipersetujui, maka setelah menggunakan kemudahan yang sama, syarikat telco yang mencatat keuntungan yang sangat baik selama ini dikehendaki melabur supaya menjamin keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini, lapor Bernama.

 

 

pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen pada 23 Mei 2023. - Gambar Bernama

 

Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai kemungkinan keputusan kerajaan beralih daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian mengakibatkan beberapa kemudaratan kepada kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna. - DagangNews.com