PUTRAJAYA 25 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian di seluruh negara.
Beliau berkata, semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semanga perpaduan di bumi tercinta ini.
''Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan, namun jangan lupa kepada keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya.
''Juga jaga SOP supaya kita sama-sama dapat mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19,'' katanya dalam hantaran menerusi Instagram rasminya di sini hari ini. - DagangNews.com