Pos Malaysia, BNM lancar koleksi setem khas bertemakan duit syiling Kesultanan Melayu | DagangNews Skip to main content

Pos Malaysia, BNM lancar koleksi setem khas bertemakan duit syiling Kesultanan Melayu

Ketua Pegawai Perkhidmatan Sokongan Berpusat BNM, Affendi Rashdi (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao ketika pelancaran koleksi setem khas di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 April - Pos Malaysia Bhd dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan koleksi setem khas bertemakan 'Duit Syiling Kesultanan Melayu' di Muzium dan Galeri Seni BNM. 

 

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, koleksi itu menampilkan empat jenis duit syiling Kesultanan Melayu dari beberapa negeri.

 

Katanya, ia termasuk Duit Syiling Perak (Real) dari Kedah, Timah (Pitis) dari Melaka, Emas (Mas) dari Johor, dan Emas (Duit Kijang) dari Kelantan.

 

"Ia merupakan duit syiling yang telah digunakan sejak abad ke-12 untuk tujuan perdagangan," katanya.

 

Pos Malaysia berkata, koleksi set lengkap tersebut boleh didapatkan pada harga RM59.50.

 

"Manakala, tiga setem dan Lembaran Mini masing-masing bernilai 50sen (Real dan Pitis), RM1.30 (Mas) dan RM5.00 (Duit Kijang) setiap satu," katanya.

 

 

pos

 

 

Koleksi setem tersebut boleh didapati di Pejabat Pos Besar dan Biro Filateli di seluruh negara mulai 13 April 2023. - DagangNews.com