Press Metal raih manfaat daripada kenaikan harga aluminimum, dijangka catat prestasi lebih baik bagi FY22 | DagangNews Skip to main content

Press Metal raih manfaat daripada kenaikan harga aluminimum, dijangka catat prestasi lebih baik bagi FY22

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 4 April - Kenanga Research mengekalkan pandangan 'overweight' terhadap sektor bahan binaan dengan melihat kenaikan harga aluminium akan memanfaatkan Press Metal Aluminium Holdings Bhd. bagi tahun kewangan 2022 (FY22).

 

Selepas harganya melemah pada suku pertama 2022, harga aluminium meningkat pada Mac 2022 menghampiri AS$525 satu tan metrik Jumaat lalu, setelah melonjak 48% setakat ini atau merangkumi 15.3% daripada harga aluminium. 

 

Namun, menurut firma itu, ia masih di bawah paras normal sebanyak 16% hingga 17% apabila harga purata aluminium pada suku pertama adalah 5% lebih rendah suku ke suku pada AS$401 satu tan metrik daripada AS$423 satu tan metrik walaupun harga aluminium melonjak 18% dalam tempoh yang sama, membawa peratusan kos aluminium kepada harga aluminium kepada 12.3% daripada 15.7% pada suku sebelumnya.

 

Oleh itu, katanya, ia mencerminkan peleburan aluminium dijangka melihat margin keuntungan mereka berkembang semula pada suku pertama 2022 akan datang selepas pemampatan pada suku sebelumnya.

 

"Namun begitu, dengan penurunan harga aluminium seperti yang dinyatakan di atas, Press Metal berkemungkinan akan melihat peningkatan margin.

 

"Melangkah ke hadapan, dengan harga aluminium pepejal, ditambah pula dengan impak penuh volum pengeluaran P3 bermula dari Oktober 2021, prospek pendapatan Press Metal kekal menyakinkan dan FY22 akan menjadi satu lagi tahun rekod buat kumpulan," katanya dalam nota kajian hari ini.

 

Di sebalik merekodkan prestasi yang baik bagi FY21, prestasi Press Metal bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 berada di bawah jangkaan dengan untung teras sebanyak RM284.8 juta.

 

Ini sebahagian besarnya disebabkan akruan cukai jualan di Sarawak sebanyak RM50 juta untuk FY21 yang dicatatkan pada suku keempat, manakala kos operasi terus meningkat terutamanya kos logistik serta kos bahan mentah.

 

Secara keseluruhan, Kenanga Research mengekalkan pandangan 'outperform' terhadap Press Metal dengan harga sasaran (TP) RM8.63. 

 

Sementara itu, bagi pemain keluli rata, United ULI Corp. Bhd. (ULICorp), firma itu melihat pendapatan kekal kukuh di tengah-tengah persaingan yang berkurangan selepas pandemik dan juga pembukaan kedua-dua pasaran utama mereka, Malaysia dan Singapura.

 

Sebaliknya, bagi An Joo Resources Bhd. pula, ia melihat pendapatannya lemah disebabkan margin yang lebih rendah daripada harga jualan purata (AS) keluli yang lebih rendah.

 

Firma itu mengekalkan pandangan 'outperform' terhadap ULICorp dengan TP RM2.30 manakala 'underperform' bagi Ann Joo dengan TP RM1.70. - DagangNews.com