Prospek Pavilion REIT positif didorong jualan runcit yang stabil - RHB Research | DagangNews Skip to main content

Prospek Pavilion REIT positif didorong jualan runcit yang stabil - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Feb - RHB Research positif terhadap prospek Pavilion eal Estate Investment Trust  (Pavilion REIT) disokong momentum jualan runcit yang stabil.

 

Firma itu berkata, keuntungan teras 4QFY22 sebanyak RM65 juta menjadikan pendapatan tahun kewangan 2022 (FY22) kepada RM246 juta, sejajar dengan jangkaan 104% dan 105% daripada anggaran firma dan konsensus.

 

"Pendapatan FY22 Pavilion Reit memenuhi jangkaan, dengan jumlah bertambah baik merentas semua segmen. 

 

"Dengan momentum jualan runcit kekal kukuh, dan Pavilion Kuala Lumpur berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan jumlah pelancong, kami kekal positif terhadap prospek REIT

 

"Memandangkan kadar penghunian tidak membimbangkan untuk pusat beli-belah utamanya, pengembalian sewa dijangkakan antara 5% hingga 6% pada FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Pavilion REIT catat lonjakan untung bersih 217.6% kepada RM397.80 juta bagi FY2022

 

Firma itu berkata, kadar penghunian campuran runcit telah meningkat daripada 84% pada 2021 kepada 86% kerana semua pusat beli-belah Pavilion REIT melaporkan jumlah yang lebih baik, walaupun ini masih di bawah kadar penghunian campuran 2019 iaitu 93%.

 

Pavilion Kuala Lumpur mendahului pemulihan, dengan hasil hartanah bersih bagi suku itu meningkat 19.1% dan kadar penghuniannya meningkat daripada 90.2% pada 4QFY21 kepada 91.6%.

 

Da Men Mall terus mengalami kerugian bersih sebanyak RM7.1 juta pada FY22 (FY21: -MYR9.18 juta), tetapi Pavilion REIT berharap ia akan kembali untung pada FY23.

 

Katanya, 30% daripada pengunjung Pavilion Kuala Lumpur sebelum pandemik datang daripada pelancong asing, dengan kira-kira 50% daripada kumpulan itu datang dari China.

 

"Pengambilalihan Pavilion Bukit Jalil dijangka lengkap pada 2QFY23 dan akan membantu mengurangkan kadar kebergantungan kepada Pavilion Kuala Lumpur," katannya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.57 sesaham. - DagangNews.com