PTT Synergy raih kontrak daripada dua unit Sime Darby Property bernilai RM169.84 juta | DagangNews Skip to main content

PTT Synergy raih kontrak daripada dua unit Sime Darby Property bernilai RM169.84 juta

Anak syarikat PTT Synergy aih kontrak daripada dua unit Sime Darby Property. -Gambar hiasan PTT Synergy
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pembinaan Tetap Teguh Sdn. Bhd. (PTTSB), milik penuh PTT Synergy Berhad meraih kontrak pembinaan daripada dua unit Sime Darby Property Berhad yang keseluruhannya bernilai RM169.84 juta.

 

Bagi kontrak pertama, PTT Synergy menerima surat anugerah (LOA) daripada Sime Darby Property (Lagong) Sdn. Bhd. berkenaan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah serta kerja-kerja tambahan untuk Fasa 1 (Bahagian 1 dan Bahagian 2) di Lagong Mas, Gombak berjumlah RM96.61 juta. 

 

Menurut LOA tersebut, tarikh pemilikan akan bermula pada 27 Mei 2024 dan tarikh penyiapan adalah pada 26 November 2025.

 

Bagi kontrak kedua, PTTSB menerima LOA daripada Sime Darby Property (Bukit Raja) Sdn. Bhd. berkenaan dengan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah serta kerja-kerja tambahan untuk Bandar Bukit Raja Fasa 3, Klang berjumlah RM73.23 juta.

 

Menurut LOA tersebut, tarikh pemilikan akan bermula pada 27 Mei 2024 dan tarikh penyiapan adalah pada 26 November 2025.

 

PTT

 

Jelas PTT Synergy, penerimaan kedua-dua LOA tersebut adalah dalam kursus biasa perniagaan PTTSB. 

 

"Selanjutnya, ia juga dilakukan pada jarak yang sewajarnya dan berdasarkan syarat-syarat komersial yang tidak lebih menguntungkan daripada yang tersedia kepada orang awam," katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Menurut syarikat itu, kontrak tersebut dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan masa depan Kumpulan PTT sepanjang tempoh LOA.- DagangNews.com