PublicInvest jangka Kossan catat kerugian pada 1QFY23 akibat harga jualan rendah dan peningkatan kos operasi | DagangNews Skip to main content

PublicInvest jangka Kossan catat kerugian pada 1QFY23 akibat harga jualan rendah dan peningkatan kos operasi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Jan - Kossan Rubber Industries Berhad dijangka mencatat kerugian pada 1QFY23 kesa daripapada kadar penggunaan yang kekal rendah pada paras 50%.

 

Public Investment Bank Berhad (PublicInvest) berkata, pendapatan kumpulan dijangka mengecil pada FY23 disebabkan harga jualan purata (ASP) yang rendah dan peningkatan kos operasi.

 

"Memandangkan pengeluar nitril China mengurangkan harga serendah AS$13.50 (RM58.43) bagi setiap 1,000 keping pada November 2022, ASP dijangka kekal di bawah tekanan pada suku akan datang.

 

"Sementara itu, purata harga gas asli telah meningkat kepada RM64 setiap satu juta unit terma British (MMBtu) pada Januari 2023 daripada RM55 setiap MMBtu, manakala kos elektrik meningkat lebih 30%.

 

"Selain itu, kos tenaga kerja kekal tinggi berikutan kekurangan bekalan ," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Walaupun harga lateks mencatatkan penurunan, firma itu berkata, ia tidak mencukupi untuk mengimbangi kesan peningkatan kos utiliti dan tenaga kerja.

 

Katanya, segmen Produk Getah Teknikal Kossan seharusnya memberikan sedikit kesan walaupun sumbangan tidak mungkin berkembang, tetapi kekal stabil dalam jangka masa terdekat.

 

Firma itu berkata, permintaan pasaran keseluruhan kekal lemah dengan penggunaan jatuh di bawah paras pra pandemik, terutamanya disebabkan oleh tekanan inflasi.

 

"Walaupun China kini sedang menghadapi wabak disebabkan oleh varian Omicron yang sangat menular dikenali sebagai XBB.1.5, lonjakan mendadak dalam permintaan untuk sarung tangan import dijangka tidak akan berlaku kerana China mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi potensi peningkatan penggunaan," katanya.

 

Firma itu menurunkan unjuran pendapatan kumpulan bagi FY23-25 antara 39% hingga 40% bagi mencerminkan ASP yang rendah serta kos operasi yang tinggi.

 

"Kami menyemak turun penarafan kepada 'underperform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak 75 sen berbanding RM1.23 sesaham," katanya. - DagangNews.com