KUALA LUMPUR 7 Jun - RHB Bank Bhd telah memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Vietnam (Vietnam SSC) bagi cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat RHB Securities Vietnam (RHBSVN) kepada Public Bank Vietnam Ltd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Securities hari ini, syarikat itu berkata cadangan pelupusan itu mesti diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan.
BACA JUGA: Public Bank peroleh kebenaran Suruhanjaya Sekuriti Vietnam ambil alih broker saham RHB berharga RM72.55 juta
"Kegagalan berbuat demikian kelulusan akan tamat tempoh dan RHBSVN mesti mengikut peraturan pelaporan dan penerbitan seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang berkenaan," tambahnya.
Unit Public Bank Bhd di Vietnam merancang untuk mengambil alih perniagaan broker sekuriti RHB Investment Bank (IB) Bhd yang berpangkalan di Vietnam dengan wang tunai VND374.00 bilion (RM72.55 juta). - DagangNews.com