Rhong Khen, PTT Synergy jalin kerjasama tubuh perniagaan sistem palet | DagangNews Skip to main content

Rhong Khen, PTT Synergy jalin kerjasama tubuh perniagaan sistem palet

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Sept - Rhong Khen International Berhad yang sebelum ini dikenali sebagai Latitude Tree Holdings Bhd, memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PTT Synergy Group Berhad (PTTS) bagi menubuhkan perniagaan sistem palet.

 

Kerjasama itu adalah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pengurusan rantaian bekalan yang cekap dan perkhidmatan logistik dengan gudang intralogistik automatik.

 

PTTS pada dasarnya terlibat dalam pembangunan dan pembinaan hartanah, perdagangan dan pengedaran barangan sanitari, pemasangan paip dan jubin seramik.

 

MoU itu akan tamat tempoh dalam tempoh 12 bulan.

 

"MoU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham kumpulan, aset bersih sesaham dan penggearan untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, dan modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham pemegang saham yang besar," katanya Rhong Khen dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

MOU itu bagaimanapun tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Rhong Khen.- DagangNews.com