Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 

 


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan pagi ini dibuka pada RM4.0500/0560. 

 

Semalam, pasaran ditutup sempena cuti umum Thaipusam. 

 

Pada Rabu, mata wang itu ditutup pada RM4.0440/0470 berbanding dolar AS. 

 

HLIB Research menjangkakan ringgit diniagakan neutral kepada mengukuh berbanding mata wang utama itu. 

 

"Kami tidak menjangkakan banyak pergerakan hari ini terutama menuju cuti hujung minggu yang panjang," katanya dalam nota kajian. 

 

Sementara itu, AmBank Research menjangkakan ringgit diniagakan hari ini pada paras sokongan antara RM4.0200 dan RM4.0285 manakala paras rintangan antara RM4.0556 dan RM4.0665. 

 

"Ringgit menokok 0.04% dalam penutupan Rabu manakala indeks FBM KLCI naik 0.34% untuk ditutup kepada 1,580.6 mata disokong pembelian runcit berjumlah RM121.8 juta berbanding jualan ekuiti sebanyak RM40.5 juta oleh pelabur institusi dan RM81.3 juta menerusi pelabur asing," katanya. - DagangNews.com