Ringgit stabil menanti hasil mesyuarat FOMC | DagangNews Skip to main content

Ringgit stabil menanti hasil mesyuarat FOMC

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 


KUALA LUMPUR 28 April - Ringgit kekal berlegar di bawah paras RM4.10, meskipun memulakan dagangan rendah sedikit pagi ini.

 

Mata wang tempatan itu dibuka pada RM4.0990/1030 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih rendah daripada penutupan semalam, RM4.0960/0990

 

HLIB Research berkata, dagangan dolar AS/ringgit dijangka stabil menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC).

 

Katanya, pelabur kini tertumpu kepada hasil mesyuarat tersebut dan juga data utama AS misalnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akan diumumkan.

 

"Selepas ringgit melepasi paras sokongan RM4.10, kini ia menuju kepada paras RM4.07 berbanding dolar AS dalam tempoh sederhana," katanya dalam nota kajian hari ini.

 

Menurut firma itu, dolar AS pula semakin mengukuh selepas hasil perbendaharaan AS menokok lebih 5 mata asas. 

 

"Malah, mata wang utama ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pasaran tidak menentu terutama apabila jangkitan COVID-19 meningkat di beberapa buah negara," tambahnya. - DagangNews.com