Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$111.8 bilion pada 14 Julai 2023 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$111.8 bilion pada 14 Julai 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan sedikit peningkatan kepada AS$111.8 billion pada 14 Julai 2023 berbanding AS$111.4 bilion pada 30 Jun lalu. 

 

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan sekali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1bilion).

 

Sementara itu, jumlah aset ialah RM623.2bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM524 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.6 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.6 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.8 bilion). 

 

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM184.3 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.2 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.3 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10 bilion), deposit lain (RM37.8 bilion), kertas Bank Negara (RM26.9bilion), peruntukan SDR (RM29.9 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.5 bilion). - DagangNews.com