Segmen automotif, tenaga boleh diperbaharui diunjur jadi pemacu utama pertumbuhan Mi Technovation, kata PublicInvest | DagangNews Skip to main content

Segmen automotif, tenaga boleh diperbaharui diunjur jadi pemacu utama pertumbuhan Mi Technovation, kata PublicInvest

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Jan - Segmen automotif dan tenaga boleh diperbaharui (RE) dijangka menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan Mi Technovation Berhad.

 

Public Investment Bank (PublicInvestment) berkata, pada masa sama pengurusan kumpulan menetapkan sasaran bagi mengembangkan jualan peraltan semikonduktor sebanyak 150% dalam tempoh lima tahun akan datang diterajui perkomputeran berprestasi tinggi, pengendali unjian penderia dan pengendali pemeriksaan kesihatan.

 

Selain itu kata, fokus juga diberikan kepada memori, segmen automotif dan RE merangkumi pendali ujian modul kuasa.

 

"Semua pasaran utama dijangka menjadi pemacu pertumbuhan, iaitu China (+60%), Taiwan (+207%) dan Malaysia (+376%). 

 

"Kumpulan itu juga baru-baru ini meneroka pasaran Vietnam dan Kesatuan Eropah.

 

"Tiga negara yang beroperasi mempunyai gabungan kapasiti tahunan sebanyak 618 mesin, dengan sasaran untuk menghasilkan lebih daripada 300 mesin menjelang 2028," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan berkata Mi Technovation juga sedang dalam proses menubuhkan pejabat perniagaan rumusan semikonduktor (SSBU) di Hanzhou bagi memulakan penerokaan modul InsulatedGate Bipolar Transistor (IGBT) berasaskan silikon.

 

Katanya, China akan memulakan rantaian bekalan untuk pelbagai produk selain membangunkan pangkalan pelanggan dan rangkaian pengedarannya sendiri.

 

"Produk utama seperti modul Substrat silikon karbida (SiC) dan IGBT hanya akan mula menyumbang pada 2026.

 

"Mi Powertech yang merupakan pemilik pelbagai paten pengurusan kuasa, telah menubuhkan pejabat seluas 20,000 kaki persegi di Universiti Xidian, Xian untuk bekerjasama dengan pelbagai universiti berprofil tinggi mengenai perkembangan SiC dan IGBT," katanya. - DagangNews.com