Sektor minyak sawit minta Kesatuan Eropah beri definisi khusus mengenai penebangan hutan | DagangNews Skip to main content

Sektor minyak sawit minta Kesatuan Eropah beri definisi khusus mengenai penebangan hutan

KUALA LUMPUR 15 Feb - Kesatuan Eropah (EU) diminta untuk memberi definisi khusus mengenai penebangan hutan kerana sektor minyak sawit ketika ini sedang bergelut menyediakan peraturan berakitan selaras dengan keperluan kesatuan itu.

 

Peraturan Penebangan Hutan EU yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan hutan berdasarkan faktor seperti ketinggian pokok dan penutup kanopi.

 

Malaysia bagaimanapun menggunakan definisi 'hutam semula jadi' yang lebih luas daripada inisiatif Rangka Kerja Akauntabiliti — gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan hak asasi manusia termasuk yang dijana semula di tanah bekas pertanian.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Mohd Shahari Idris berkata, Mohd Shahari Idris berkata, percanggahan itu wujud semasa mesyuarat di Malaysia awal bulan ini antara wakil industri minyak sawit dan pegawai EU.

 

Beliau berkata, Ia boleh membuktikan halangan dalam mengekalkan perdagangan dan bagi blok itu untuk mengiktiraf piawaian mampan sedia ada dalam industri minyak sawit.

 

"Kami menjelaskan bahawa definisi sedia ada tidak boleh disesuaikan dengan semua peraturan.

 

"Setiap negara memiliki jenis hutan yang mungkin berbeza," katanya, lapor Bloomberg.

 

Sektor minyak sawit berkata, kekurangan kejelasan mengenai peraturan, termasuk yang berkaitan dengan alat kebolehkesanan dan data lokasi, menyukarkan penyediaan. 

 

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan Eropah adalah antara pasaran eksport utamanya.

 

"Tiada proses rundingan tentang cara mentafsir definisi Peraturan Penebangan Hutan EU ," kata jurucakap Suruhanjaya Eropah. 

 

Produk minyak sawit perlu bebas penebangan hutan mengikut definisi di bawah peraturan dan bukan berdasarkan definisi nasional di negara pengeluar.  - DagangNews.com