Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 12 Okt - MIDF Research mengekalkan saranan positif terhadap prospek minyak sawit mentah (MSM) dengan menyasarkan harga bahan komoditi itu berada pada paras RM3,600 per tan metrik untuk tahun 2021.
Katanya, untuk bulan September tahun ini, harga purata MSM meningkat 0.3% kepada RM4,563 per tan metrik berbanding RM4,548.58 pada bulan sebelumnya.
Firma itu berkata, untuk asas tahun ke tahun, harga purata MSM telah meningkat 55.8% daripada RM2,928.07 per tan metrik pada September tahun lalu.
"Harga MSM tertinggi direkokdakn pada 29 September lalu iaitu pada RM4,663.50 per tan metrik.
"Kami yakin kekurangan bekalan minyak sawit mungkin akan kekal sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini, memandangkan pemulihan hasil yang terhad kerana kekurangan penuai mahir, prospek permintaan yang lebih baik berikutan aktiviti ekonomi yang lebih baik di peringkat tempatan dan global dan fenomena cuaca La Nina yang akan datang," katanya dalam nota kajiannya di sini hari ini.
Tambah MIDF Research, dari segi permintaan, pihanya yakin aktiviti penambahan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit akan terus disokong oleh aktiviti optimis di segmen HORECA di China dan India.
"Pada pandangan lain, dari segi harga, kami menjangkakan bahawa harga MSM akan tetap baik pada suku keempat 2021 disokong oleh bekalan inventori yang ketat di industri perladangan tempatan.
"Mengambil kira emua faktor yang dipertimbangkan, kami mengekalkan pendirian POSITIF terhadap sektor perladangan dengan ramalan harga purata MSM 2021 sebanyak RM3,600 per tan metrik," jelasnya. -DagangNews.com