KUALA LUMPUR 5 Sept - Selangor kekal sebagai salah satu pengeksport terbesar Malaysia mencatat RM203.66 bilion dari Januari hingga Julai 2024.
Ahli lembaga kanan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Hazimah Zainuddin berkata, angka tersebut menjaminkan kedudukan negeri sebagai pengeksport ketiga terbesar negara.
"Pada suku pertama 2024, Selangor menarik RM12.4 bilion dalam pelaburan, meletakkannya di tempat ketiga dalam negara,” ujarnya pada Hari Eksport Selangor, anjuran Matrade pada Rabu.
Hamizah mengulas, pelaburan itu membangunkan 415 projek, mewujudkan 20,701 peluang pekerjaan.
"Ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai ekonomi terbesar Malaysia dengan rekod aktiviti ekonomi melepasi RM400 bilion pada 2023,” katanya.
Pada 2023, Selangor mencatatkan prestasi eksport bernilai RM332.79 bilion dan menyumbang 23.3% daripada jumlah eksport negara.
Beliau berkata pencapaian itu adalah sebahagian daripada keutamaan strategik yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan meletakkan Selangor sebagai salah satu negeri paling maju di Malaysia.
Sementara itu, Hari Eksport Selangor yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan negeri sebagai penyumbang utama kepada eksport negara dan sebagai hab utama bagi sektor pembuatan merentasi pelbagai industri.
Majlis itu dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (pembangunan) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Md Kamarzan Md Rais.
Mohd Najwan berkata, inisiatif di Nanning, China pada akhir September merupakan usaha strategik untuk menyokong usahawan Selangor dalam mempromosikan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.
“Acara itu akan menyediakan platform kepada usahawan terpilih untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di pasaran China, menawarkan pendedahan berharga dan peluang untuk membina hubungan perdagangan antarabangsa.
"Inisiatif yang disokong oleh program pembangunan dan perkongsian strategik ini menunjukkan sokongan padu untuk perniagaan tempatan menyasar untuk meningkatkan pertumbuhan dan daya saing mereka pada skala global,” ulasnya.- DagangNews.com