Sempadan Malaysia,Singapura dibuka semula bagi tujuan rasmi | DagangNews Skip to main content

Sempadan Malaysia,Singapura dibuka semula bagi tujuan rasmi

sempadan

KUALA LUMPUR 14 Julai - Sempadan Malaysia dan Singapura akan dibuka semula bermula 10 Ogos depan tetapi hanya untuk tujuan kerja dan rasmi di bawah skim Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Arrangement (PCA).

Perkara itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi bersama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan hari ini. 

RGL akan membenarkan aktiviti rentas sempadan yang hanya digunapakai bagi tujuan bisnes dan rasmi antara kedua-dua negara. 

Pengunjung yang sah perlu mematuhi langkah-langkah pengekangan COVID-19 dan kesihatan awam yang ditetapkan oleh kedua-dua negara termasuklah menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).

Mereka  juga diminta untuk menyerahkannya kepada pihak berwajib yang berkenaan dari negara penerima jadual perjalanan serta mematuhinya sepanjang tempoh kunjungan mereka.

PCA pula membenarkan penduduk Malaysia dan Singapura yang memegang pas imigresen bagi tempoh lama untuk merentas sempadan hanya bertujuan bisnes atau kerja.

“Setelah sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut menetap di negara yang mereka bermaustautin bagi tujuan kerja, mereka perlu pulang ke negara asal menggunakan cuti jangka masa pendek,.

“Selepas itu, boleh memasuki semula negara di mana mereka bekerja. Mereka juga harus mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetujui oleh kedua-dua negara,” jelas kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk mengeluarkan keperluan, protokol kesihatan, dan proses permohonan yang terlibat untuk kleluar dan masuk ke Malaysia dan Singapura, 10 hari sebelum pelaksanaan RGL dan PCA.

Langkah itu diambil setelah menyedari keperluan penduduk di kerdua-dua negara serta bagi memudahkan aliran rentas sempadan. - DagangNews.com