Sersol dilantik sebagai ejen Program Visa Premium Malaysia oleh Jabatan Imigresen | DagangNews Skip to main content

Sersol dilantik sebagai ejen Program Visa Premium Malaysia oleh Jabatan Imigresen

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Okt - Sersol Berhad telah dilantik oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebagai ejen untuk Program Visa Premium Malaysia (PVIP).

 

Kumpulan itu dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelantikan itu membenarkan syarikat memproses sehingga tiga ratus permohonan bagi pihak Jabatan Imigresen.

 

Pelantikan itu sah selama tiga tahun bermula 21 Oktober 2022.

 

Kumpulan itu berkata, pelantikan itu membolehkan mereka beroperasi di dalam segmen perniagaan baharu sebagai usaha mempelbagaikan aliran tunai pada masa akan datang.

 

“Pelantikan itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan anak syarikatnya,” katanya.

 

Katanya, pelantikan itu akan menyumbang secara positif kepada kumpula kecuali sebarang keadaan yang tidak diduga.

 

Sersol berkata, PVIP ialah visa status pemastautin jangka panjang yang membolehkan pelabur, usahawan dan bakat asing tinggal dan bekerja atau belajar di Malaysia sehingga 20 tahun.

 

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memperkenalkan PVIP Malaysia bagi menarik minat hartawan global menetap dan melabur di Malaysia, yang terbuka kepada semua peringkat usia dan warga negara kecuali Israel atau negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. - DagangNews.com