Sesi ramah mesra PLUS bersama 12 Rakan Strategik Pembayaran Tanpa Tunai | DagangNews Skip to main content

Sesi ramah mesra PLUS bersama 12 Rakan Strategik Pembayaran Tanpa Tunai

KUALA LUMPUR 23 Dis - PLUS Malaysia Berhad menghadiri sesi ramah mesra bersama 12 Rakan Strategik Pembayaran Tanpa Tunai di R&R Dengkil pada 22 Disember 2022.

 

Majlis ramah mesra itu melibatkan Bank Negara Malaysia, Bank Islam, MyDebit, Mastercard dan Visa.

 

Turut hadir pada majlis itu ialah Touch 'n Go e-Wallet, Boost, GrabPay, Setel, ShopeePay dan Maybank QR Pay.

 

"Majlis dirasmikan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail yang turut disertai Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

 

"Majlis itu diadakan bagi menduduk dan memupuk kesedaran tentang penggunaan pembayaran tanpa tunai di R&R dan hentian sebelah di sepanjang jajaran lebuhraya Utara-Selatan," katanya PLUS menerusi hantaran di laman Facebook. - DagangNews.com