KUALA LUMPUR 15 Nov - TH Plantations Bhd berkata Shahrizal Suhainy telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) untuk mengejar peluang kerjaya lain.
"Lembaga Pengarah sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Shahrizal sebagai CFO," kata cabang perladangan Lembaga Tabung Haji dalam pemakluman di Bursa Malaysia.
Shahrizal, 38, dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober tahun lepas.
Pada hari yang sama, Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengambil alih jawatan ketua pegawai eksekutif TH Plantations.
Sebelum menyertai TH Plantations, Shahrizal telah berkhidmat dengan KPMG PLT dalam pelbagai jawatan sejak Jun 2007. - DagangNews.com