Sharp, PUC Berhad meterai MoU perkenal e-perkhidmatan 'Cocoro Life' | DagangNews Skip to main content

Sharp, PUC Berhad meterai MoU perkenal e-perkhidmatan 'Cocoro Life'

Cocoro Life

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (Sharp) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PUC Berhad untuk memperkenalkan platform penyelesaian e-perkhidmatan secara digital yang dikenali sebagai Cocoro Life.

Pengerusi Sharp, Robert Wu berkata, platform tersebut bertujuan untuk memberi tahap kepuasan baharu kepada pelanggan seiring dengan norma baharu masyarakat yang sering membuat pembelian secara dalam talian.

"Cocoro Life mula dilancarkan di Jepun dan berkembang ke Asia Tenggara. Ia merupakan platform gaya hidup digital yang menawarkan penyelesaian pintar melalui taknologi AI (Artificial Intelligence) dan IoT (Internet of Things) yang mengintegrasikan peranti, perkhidmatan dan penyelesaian AI dalam satu platform.

"Kerjasama strategik kami dengan PUC Berhad adalah peluang kepada Sharp untuk menawarkan pengalaman lebih baik kepada pelanggan melalui e-perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cocoro Life menyediakan maklumat penting kepada pelanggan berkaitan produk Sharp selain dilengkapi akses mudah terhadap perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan.

Mula dilancarkan di Malaysia pada Januari 2021 di, platform yang dilengkapi dengan ciri AI itu membolehkan pelanggan mengaktifkan pendaftaran jaminan produk dengan lebih pantas.

Ciri AI tersebut membantu pelanggan Sharp memantau status perkhidmatan dan penyelenggaraan produk.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, Cheong Chia Chou berkata, gabungan kepakaran pihaknya bersama Sharp akan menjadi satu ekosistem digital terkemuka di rantau berkenaan.

Cocoro Life dijangka memberi manfaat kepada berjuta-juta pengguna Sharp di Malaysia pada akhir 2021.

Dalam pada itu, Sharp turut mensasarkan seramai 500,000 pendaftaran ahli Cocoro Life.

Kesemua ahli akan diberi ganjaran serta faedah menarik yang akan ditawarkan oleh rakan perniagaan Sharp. - DagangNews.com