Signify peruntuk RM85,400 pemasangan pencahayaan solar dan LED 'terangi' perkampungan Orang Asli di Perak | DagangNews Skip to main content

Signify peruntuk RM85,400 pemasangan pencahayaan solar dan LED 'terangi' perkampungan Orang Asli di Perak

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Dis - Signify (dahulunya Philips Lighting), peneraju dunia dalam pencahayaan telah 'menerangi' Kampung Orang Asli di Sungai Jentong, Trolak, Perak dengan rumusan pencahayaan solar.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Signify Malaysia, Sukanto Aich berkata, inisiatif itu sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, yang memberi tumpuan kepada penyediaan aksesibiliti pencahayaan kepada komuniti yang memerlukan.

 

"Sebagai peneraju dalam industri pencahayaan, kami amat berbesar hati dapat menyumbangkan kepakaran kami untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti yang memerlukan dengan memberikan aksesibiliti pencahayaan. 

 

"Kami berharap pencahayaan solar kami dapat memberi manfaat besar kepada komuniti orang asli dan inisiatif CSR seperti ini dapat diteruskan supaya kami dapat menerangi lebih banyak kehidupan golongan memerlukan demi masa hadapan yang lebih cerah," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 

Sementara itu, pemimpin komuniti perkampungan Orang Asli itu, Asmah Pejajah berkata, kesejahteraan penduduk kampung adalah amat penting dan mereka percaya bahawa projek itu akan memberi impak signifikan terhadap kehidupan seharian penduduk kampung dengan pemberian akses tenaga dan pencahayaan mampan. 

 

"Kami menghargai usaha Signify untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk pada waktu malam," katanya.

 

Terletak di pinggir Trolak dengan populasi seramai 380 penduduk, Signify mula melawat kampung tersebut pada awal September lalu untuk meninjau kawasan dan mendengar luahan penduduk mengenai kebimbangan keselamatan pada waktu malam disebabkan akses terhad kepada elektrik dan pencahayaan. 

 

 

signify

 

 

Bagi membantu menangani masalah tersebut, Signify melaksanakan rumusan pencahayaan solar di kawasan-kawasan utama seperti jalan utama dan ruang aktiviti komuniti tersebut.

 

Selain itu, Signify juga memasang mentol lampu LED untuk ruang dalaman dan luaran setiap rumah sebagai pengganti kepada lampu tradisional yang masih digunakan kebanyakan penduduk kampung. 

 

 

signify

 

 

 

Lampu LED yang dipasang lebih tahan lama dengan jangka hayat yang panjang dan kuasa lumen yang lebih tinggi, serta penggunaan tenaga yang lebih rendah. 

 

Jumlah keseluruhan sumbangan Signify termasuk pemasangan pencahayaan solar dan mentol lampu LED adalah sebanyak RM85,400.

 

 

signify

 

 

signify

 

 

Selain itu, Signify juga mengagihkan sumbangan barang keperluan asas serta menyediakan makan tengah hari untuk penduduk kampung.

 

Projek CSR itu juga selaras dengan kempen serta misi 'Brighter Lives, Better World' Signify yang menggalakkan penggunaan lampu LED dan solar dalam pembinaan infrastruktur dan bandar, sebagai sebahagian daripada pembangunan mampan, ke arah masa hadapan lebih baik untuk semua. - DagangNews.com