Silverlake Axis lantik Cassandra Goh Shiou Ling sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif | DagangNews Skip to main content

Silverlake Axis lantik Cassandra Goh Shiou Ling sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 1 Julai – Silverlake Axis mengumumkan Cassandra Goh sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa 1 Julai 2024.

 

Menurut kenyataan syarikat, pencapaian beliau sebagai bekas Timbalan Pegawai Eksekutif telah membuktikan kepimpinan beliau untuk membimbing syarikat dengan maju.

 

Antaranya ialah menerima anugerah Rising Star pada Anugerah Digital 2023 kelolaan Malaysian Management Excellence.

 

Beliau berharap untuk membina syarikat di bawah bimbingan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Andrew Tan yang akan kekal di Silverlake Axis sehingga 31 Disember 2024.

 

“Kejayaan Silverlake Axis adalah testimoni badan pengurusan syarikat yang bekerja keras dan akan teruskan membimbing syarikat ini pada masa hadapan.” kata Cassandra Goh.

 

 

silverlake

 

 

Menurutnya, beliau dan pasukan akan teruskan membawa inovasi dan servis teknologi untuk membantu pelanggan syarikat.

 

"Silverlake Axis berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pihak pemegang saham," ujar beliau. - DagangNews.com